*1..2..3..4..5..6..7..8..9*

Morning guyzz....

u wanna try sumthing fun???

dis is 4 u...try dis out babe!!

***************************************

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb,
19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah No.1

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb,
20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah No.2

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb,
21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah No.3

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb,
22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah No.4

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb,
23hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah No.5

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb,
24hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah No.6

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb,
25hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah No.7

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb,
26hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah No.8

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb,
27hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah No.9


*********& U represent no???*********

No.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu,
degil, rajin, terus-terang, cemburu
dalam asas pertandingan, baik hati,
peramah dan autoriti. Anda ingin
mendahului dalam apa jua keadaan. Anda
seorang yang berdikari, berkeyakinan
dan tidak pernah berada di bawah
pimpinan orang lain. Anda akan
bercinta dalam usia yang muda tapi
akan berkahwin pada usia yang matang.
Anda tidak suka akan orang yang
bertentangan pendapat dengan anda.
Malah anda juga menyimpan dendam
dengan orang yang bersalah dengan
anda. Anda seorang yang kuat belanja.
Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang
kecil hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


No.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai
oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang
suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang
berkeyakinan terhadap diri sendiri.
Jadi and perlu membuat perubahan ke
atas hidup anda. Anda adalah seorang
yang sukar diramal kerana anda membuat
perubahan berdasarkan masa dan
keadaan. Anda juga seorang yang
mementingkan diri sendiri tetapi and
mempunyai bakat dalam muzikal, seni
dan komunikasi lisan. Sikap anda
seperti bulan yang datang keredupan
dan pudar jadi semua orang boleh
mengetahui perubahan anda. Anda boleh
menjadi Mahatma Gandhi yang kedua
kerana cinta akan keamanan. Anda juga
seorang yang bertanggungjawab dalam
keluarga.
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


No.3
Anda adalah seorang yang berhati
keras, pentingkan diri sendiri, kuat
agama dan suka untuk mempertingkatkan
kehidupan sendiri. Anda mempunyai
masalah keluarga dan anda dapat
mengharungi dengan kesabaran anda.
Anda sangat pandai bercakap, wajah
yang cantik, jadi ke mana saja anda
pergi anda akan dapat apa yang anda
inginkan. Daripada hari lahir anda,
anda perlu berkerja keras untuk
berjaya. Anda juga seorang yang
menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak
menjalinkan hubungan sama ada
percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap seseorang itu, maka hubungan itu
akan berpanjangan. Anda suka akan
kebebasan, pencipta di mana ada anda
akan membawa harapan, kegembiraan dan
keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


No.4
Anda adalah seorang yang amat degil
dan rajin. Mungkin anda akan
menjauhkan orang lain daripada anda
kerana kata-kata anda. Anda seorang
yang bertimbang rasa akan masalah
orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni. Anda akan
membantu ahli keluarga atau kawan-
kawan yang menghadapi masalah tanpa
berfikir panjang. Anda kena berhati-
hati dengan orang sekeliling anda
kerana mereka mungkin akan
mempergunakan anda. Kawan-kawan anda
akan menghabiskan masa dan wang
ringgit anda dan selepas itu menjauhi
daripada anda apabila anda dah tak ada
nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun anda tetap seorang yang
sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


No.5
Anda sangat popular dalam komuniti.
Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan. Anda
mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-
buru. Anda adalah seorang yang humor
di kalangan kawan-kawan dan ahli
keluarga. Kawan-kawan dan ahli
keluarga anda juga akan minta bantuan
anda apabila mereka memerlukan
bantuan. Anda bukan seorang yang setia
dalam hubungan percintaan. Anda suka
perubahan dan kebebasan. Anda
mempunyai ciri-ciri seorang pengembara
dan ahli silap mata. Anda mempelajari
hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 2, 9.


No.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup
ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok
dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan
perniagaan. Anda seorang genius, baik
hati (tapi hanya orang yang
beranggapan anda orang baik),
mempunyai paras rupa yang cantik atau
kacak. Semua benda yang baik akan
datang pada anda. Anda mengambil berat
ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan
anda. Pada pandangan mereka, anda
adalah seorang yang murah hati,
peramah, adil saksama dan mempunyai
penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


No.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada
sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan
merupakan seorang yang genius dalam
bidang pendidikan, muzik, seni dan
nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap
iaitu panas baran. Namun demikian,
anda banyak melakukan pengorbanan
untuk keluarga. Anda meletakkan
keluarga di tempat yang amat tinggi
sekali sehingga kadang-kadang
mengabaikan kebahagian diri sendiri.
Anda telah dilahirkan untuk memberi
sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda
seorang yang bagus dan seorang yang
amat gembira.
Pasangan ideal anda adalah no.2.


No.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat
kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding
jari pada sesuatu benda. Anda juga
mengalami pelbagai dugaan dalam hidup.
Semua masalah ini telah menjadikan
anda lebih kuat dan tabah. Anda
memperjuangkan keadilan. Kebanyakan
masa anda telah dihabiskan bersama-
sama dengan kawan-kawan. Anda seorang
yang disiplin dalam hidup, tidak putus
asa dan berani. Faktor-faktor ini
telah membawa anda ke puncak kejayaan.
Anda juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


No.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah
dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat
tajam. Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda
adalah orang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang
anda buat. Pada usia yang muda anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa
anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah seorang
anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan
kejuruteraan atau perbankan kerana
orang lain percaya dan yakin akan
anda. Anda merupakan model teladan
kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

***************************************

Enjoy!!!!

Bubye....

4 comments:

aiSya iRa said...

me = no6...
huhu

Anonymous said...

mine no 8..

huhuhu....

i wonder who going to be my no 1 or 4.

kalo nak lagi best ayatnye bleh jadi mcm ni.

i wonder who going to be my no 1 and 4.huhuhu

;p

Unknown said...

Mr Anonymous...

u terlebih fhm nmpknyer smpi terkeluar dr landasan..hahaha

Anonymous said...

hehe...fahammm....bab bab nak nikah ni mestila fhm....cume nak nikah tu je xleh lagi;p tapi kalo no selain 1 n 4 pn bleh nikah gakkan, sbb ni dh mengecikkan scope pencarian sy ni;p hahahaha